Feb 9, 2012

Gemersik Kalbu

Assalamualaikum


Untuk entry kali ini saya nak share dengan anda semua tentang satu drama yang telah habis tayanganya pada hari ini. Untuk pengetahuan semua, saya memang tak pernah ketinggalan untuk menonton drama tersebut.

  Drama tersebut ialah "Gemersik Kalbu". Ditayangkan setiap isnin -khamis jam 7pm-8pm di TV3..
Drama 26 episod ini membariskan heronya ialah Aqasha, & heroinnya ialah Ayu Raudhah.  Drama ini merupakan adaptasi dari sebuah novel "Gemersik Kalbu" karya Anis Mayuni...Kalau tak silap novel ni dah lame zaman-zaman belajar dulu...Dan saya pun pernah baca novel ini..Cuma drama ini takde la copy paste 100%..ada jugak la yang di edit, ditambah, ditolak,dibahagi.....

Jom kita baca sinopsis drama ini pada yang mungkin ketinggalan untuk mengikuti drama ini...

Mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. 

Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? 

Memang banyak konflik dalam drama ini...
Finally, segalanya sudah terjawab pada final episode...
Raihana akhirnya dapat menerima Sufian seikhlas hatinya apabila cinta & sayangnya telah berjaya Sufian takluki...Ending drama ini sangat menarik & saya rasa tak sia-sia la menghabiskan masa menonton drama bersiri hebat ini. Kredit buat TV3 kerana berjaya menayangkan drama sehebat & menarik ini..

Feb 6, 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum

Firstly, saya nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada sahabat baik saya yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya.  Majlis akad nikahnya pada 2 Februari 2012 (malam jumaat lepas). Kendurinya telah diadakan pada hari Sabtu 4 Februari 2012, di Felda Neram.

Tahniah sekali lagi buat Zuliawaty (Lia) & Pasangan.  Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.  Selamat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagian.InsyaAllh.  Saya sentiasa doakan kebahagian & kegembiraan anda berdua.Amin

Pada majlis tersebut saya juga sempat snap beberapa gambar sebagai tanda kenang-kenangan bersama.

Sangat-sangat cantik pelamin ni kan...
so sweet...bagai pinang di belah dua kan...

Lia & me...
pengantin baru & pengantin lame...huhuhu

lia + my mom + rayyan


wif kwn2 @kemaman...
Rayyan xbkelip tgk pengantin...cantik sgt...
Sekali lagi, buat Lia - Semoga anda menjadi seoarang isteri yang terbaik buat suami.  Abadikan perkahwinan ini adalah perkahwinan yang paling indah dalam hidup kalian berdua. Yang penting, cepat-cepat dapatkan baby tau.... :))

Feb 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualikum


Salam Maulidur Rasul buat semua...Alhamdlh berkesempatan lagi kita menyambut Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad s.a.w pada tahun ini...

"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
Itulah tema bagi sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini 2012

Semoga kita sebagai umat Islam dapat menghayati bersama-sama ketabahan , kesungguhan serta pengorbanan Baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam.

Feb 1, 2012

27 tahun sudah.....

Assalamualaikum

31 Januari 2012 - Genap usia ku 27 tahun..Alhmdlh, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi ruang, peluang untuk diri ini terus bernafas di muka bumi ini....
Cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar umur dah semakin bertambah dari tahun ke tahun..

Anyway, happy birthday to me...  :))
Saya doakan semoga Allah swt melimpahkan rahmatNYA...dimurahkan rezeki...dipanjangkan umur...Diberikan kesihatan yang baik, hidup dalam keadaan aman dan bahagia di samping org-org tersayang exspecially with my family (mu hubby, mu lovely son, my mom,my dad, my siblings)...
...amin....

Jan 23, 2012

Perkahwinan artis

Assalamualaikum

Post kali ni saya suka sangat nak share mengenai perkawinan salah seorang personaliti tv yang cukup berbakat besar & beliau juga salah seorang artis yang ada dalam list artis yang saya minat.... ^_^

Orang itu ialah..Ally Iskandar...mesti kenal kan..hihihi
Ally telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis dari negeri kelahirannya juga...Ganu Kite...

ini la dia ...Farah Lee...cantik kan...
b4 bergelar suami isteri

Jom kita layan gambar-gambar sepanjang majlis tersebut berjalan.....

dengan 2 kali lafaz...sah ally & farah sbg suami isteri




bagai pinang di belah 2 kan....
so sweet...
Majlis akad nikah ini diadakan pada hari Jumaat - 20 Jan 2012..di Masjid Kristal, Tmn Tamadun Islam, Kuala Terengganu dengan mas kawin RM250 tunai pada jam 10 pagi...

Anyway, congtas untuk pasangan ini...Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat....
Untuk pengetahuan semua, Farah ni merupakan student salah satu universiti di Korea Selatan...
Dah la orangnya cantik...bijak pandai plak tu kan..


p/s : gambar ni dipetik dari google search....

Jan 22, 2012

weekend activities - part 2-

Assalamualaikum

Untuk entry ke 2 bg title di atas sana, berlaku di dalam rumah saje...
Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Rayyan ni???
Kami telah menetapkan untuk setiap hari Sabtu n Ahad Rayyan pasti dapat melakukan aktiviti ini...
Ternyata Rayyan sangat menyukainya....

Iaitu Mandi Kolam.... ^-^
Jom kita cuci mata tgk pic yang saya snap ketika Rayyan mandi kolam










Memang seronok sangat keletah budak kecik ni dalam kolam..even main sorang-sorang pun...
Bila time untuk mandi n keluar dari kolam nangis-nangis tak nak...nak main lagi...adoiiii bukan ape takut dia kesejukkan ....nanti tak pasal-pasal demam singgah plak....huhuhu...

Walau aktiviti ini dalam bilik air...Rayyan sangat excited sekali....
Tunggu Rayyan besar sikit lagi ibu bawak mandi kolam kat luar ok..hihihi


majlis perpisahan

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini saya nak upload beberapa keping gambar sewaktu saya
dan rakan-rakan ofis mengadakan satu majlis perpisahan buat bos kami yang akan bertukar ke Pejabat RISDA Jajahan Jeli, Kelantan...
 
Inilah bos kami yg dirai - En Azli


makan time.......



hadiah dr kami untuk bos.....
dan juga dari kami....hihihi
tanda kenang-kenangan....


Majlis perpisahan ini diadakan di Annexe Restaurant,Jalan Teluk Sisek....
Walaupun majlis ini tajaan sdn bhd...kami sangat-sangat happy dapat meraikan perpisahan ini..
Secara peribadi saya suka dengan cara kerja beliau...tidak ada jurang antara pekerja-pekerja bawahan even dia big bos di ofis...Seorang bos yang sentiasa senyum...tak pernah marah-marah...dan yang paling best sekali beliau sangat sporting....

Kami doakan semoga En Azli gembira berada di tempat baru walaupun jauh dari kampung halaman...
Dan yang penting jangan lupakan kami di RISDA Pahang Timur.....







Jan 21, 2012

weekend activities - Part 1 -

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini saya nak kongsi aktiviti my family last week.  Actually memang saya nak update blog ini every week tapi untuk masa sekarang belum dapat tunaikan.. Insyaallah akan ditunaikan segera... ^-^

Memang tak ada planning pun nak ke mana-mana..tapi memandangkan saya & En suami kesian tengok Rayyan begitu boring asyik duk dalam rumah je... kami bawa Rayyan jalan-jalan ke satu tempat yang kami  sendiri pun sememangnya dah lama tak menjejak kaki ke sana setelah sekian lamanya...huhuhu

Jom tengok beberapa pic yang sempat kami snap....
sorry yek coz pic kurang cantik...guna kamera telefon je..
Rayyan dengan lagaknya berjalan sendiri... ^-^


wif ayah....

muka terkejut je....hihihi
wif ibu...tp nak jalan sorang jugak ..huhuhu

Kepada sesiapa yang tinggal di Kuantan...pasti tahu kat mana tempat ni kan...
Serius...memang lama sangat tak dtg tempat ni....tempat ni lebih sesuai untuk seisi keluarga
Lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai anak-anak 10 tahun ke bawah...Kanak-kanak yang baru nak kenal jenis-jenis haiwan yang ada di muka bumi ini...

Dan kepada mereka-mereka yang mungkin tinggal di luar kuantan....manalah tahu ada kelapangan waktu holiday ke kuantan blh la singgah ke Taman Teruntum Kuantan...Ala-ala Zoo Kuantan gitu...


Jan 10, 2012

ikhlas ke???

Assalamualaikum

Dah 3 hari tak mengadap my belog ni..
Tetiba aje terasa rindu nak menulis la plak hari ni....
Mood : OK..... :))

Berbalik kepada title my post kat atas tu....
IKHLAS KE??
....hihihihi....

Hari ni saya nak share dengan anda semua tentang KEIKHLASAN
Anda tahu tak apa itu Ikhlas???
Bagi pendapat saya ia satu sifat yang sangat murni...suci...datang dari hati seseorang
Memang sukar untuk kita tahu adakah seseorang itu ikhlas atau tidak...
Pokok pangkal sekarang adalah HATI

Ada 2 contoh saya berikan di bawah ini
Cuba kita semua sama-sama fikirkan
Ikhlas ke kita semua ni?

@ OFFICE
"Kalau asyik merungut aje...
banyak keje laaa....Asyik aku je yang kena buat....Dia duk relax aje...
aikkk..suka plak dia buat arahan kat aku..padahal dia tu bukan boss pun...."
 Pernah tak anda semua mengalami situasi macam ni?
Nak tak nak kita akan buat jugak kan.....terpaksa buat laaa...dah keje...
ikhlas ke tu???

DENGAN MEMBER-MEMBER
Orang cakap nak berkawan kena pandai pilih kawan...
Ada kawan yang di depan kita memang baik punya....tapi belakang kita kaki kutuk....
Berkawan sebab ada kepentingan....
Ikhlas ke tu???

Sesungguhnya...Keikhlasan itu satu sifat yang amat terpuji di sisi Allah s.w.t
Apa yang saya coretkan di belog ini tidak ada kaitan dengan sesiapa..
sekadar buat tatapan saya dan anda semua
yang sudi membaca....
Ia juga sebagai satu muhasabah diri saya sendiri untuk memajukan diri ke arah kebaikan 
memandangkan kita sudah melangkah ke tahun baru 2012 ini
Terus terang, bagi saya juga untuk menunjukkan sifat ikhlas itu memang sukar...
tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk ke arah itu..insyaAllah...

.....Sekian......

Jan 6, 2012

Assalamualaikum

Syukur ke Hadrat Illahi...Alhmdlh...
Dipanjangkan umur..Dimurahkan Rezeki
Dapat kita meneruskan kehidupan ke tahun 2012

Semoga kehadiran tahun 2012 ini memberi satu 
kehidupan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini...

Tidak terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru
buat anda semua
Warnai lah kehidupan kita dengan warna-warna ceria 
Agar kita dapat menerajui perjalanan 2012
dengan lebih baik dan seceria pelangi....