Assalamualaikum
Untuk entry kali ini saya nak share dengan anda semua tentang satu drama yang telah habis tayanganya pada hari ini. Untuk pengetahuan semua, saya memang tak pernah ketinggalan untuk menonton drama tersebut.
Drama tersebut ialah "Gemersik Kalbu". Ditayangkan setiap isnin -khamis jam 7pm-8pm di TV3..
Drama 26 episod ini membariskan heronya ialah Aqasha, & heroinnya ialah Ayu Raudhah. Drama ini merupakan adaptasi dari sebuah novel "Gemersik Kalbu" karya Anis Mayuni...Kalau tak silap novel ni dah lame zaman-zaman belajar dulu...Dan saya pun pernah baca novel ini..Cuma drama ini takde la copy paste 100%..ada jugak la yang di edit, ditambah, ditolak,dibahagi.....
Jom kita baca sinopsis drama ini pada yang mungkin ketinggalan untuk mengikuti drama ini...
Mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi
dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya.
Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya
sendiri apabila neneknya meninggal dunia.
Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya
membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan
Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul,
keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya
cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang
begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis
itu dalam satu ikatan perkahwinan.
Namun, Raihana bersikap dingin
dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin
masih segar di hatinya.
Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya
yang sah dengan sepenuh hati?
Memang banyak konflik dalam drama ini...
Finally, segalanya sudah terjawab pada final episode...
Raihana akhirnya dapat menerima Sufian seikhlas hatinya apabila cinta & sayangnya telah berjaya Sufian takluki...Ending drama ini sangat menarik & saya rasa tak sia-sia la menghabiskan masa menonton drama bersiri hebat ini. Kredit buat TV3 kerana berjaya menayangkan drama sehebat & menarik ini..
No comments:
Post a Comment