May 10, 2011

rayyan @ kmc

Assalamualaikum

Hari ni dah 5 hari aku n mu hubby berkampung di sini...huhuhu
gara2 anak ku si Rayyan ni...
Demam....ade jangkitan kuman kat paru-paru
Alhmdlh...bertambah baik
InsyaAllah kalau  xde ape2 problem Rayyan blh la discharge esok






Apr 10, 2011

my sweet home.....

Assalamualaikum

4hb baru2 ni...aku cuti...
motif utama amik cuti adalah nak kemas umah utk proses perpindahan ke rumah baru we all
hmmm...kemas la sgt..hehehe
even x capai 100% pun...at least...smpai jugak la motif aku bercuti...hehehe
baru je cuci..mop satu bilik..argghhhh..penat weiiii
hmmm..baru 1 blik..klu semua 1 umah..mahu pengsan kot..hahaha







Rayyan @ ECM

Assalamualaikum

Last week aku n my hubby bwk Rayyan kuar rewang2....@ ECM....
hmmmm...bukan main suka sgt dia....hehehe
sempat jugak la aku snap beberapa pic...jom kita tengok...  :)

baru je sampai kat ecm ni...tgk ape tu ...huhuhu

amboiii anak ibu ni...suka sgt yek....eheheh

Rayyan wif ibu...

testing dulu k....  :)



nanti dah blh duduk...ibu n ayah belikan k...

hmmmmm....after penat berjalan2 @ ECM
we all pun p la makan @ Sara Thai Restoran...


time ni Rayyan tgh tgk makanan yg ade atas meja..

6 months...

Assalamualaikum w.b.t.

Arghhhhhh....lame tul tak update ini blog
huhuhu
biase la dah ade bb ni...mase mmg byk habis kan bersama dia
hari cuti pun nak online pun kejap2 jer...time dia tido baru leh online lame ckit....hehehe
hmmmm....

02 April 2011 baru2 ni Rayyan 6 bulan...
Alhamdulilah..syukur bangat...
Allah telah anugerahkan permata hatiku ini kesihatan yang baik....
04 hb ...bawa Rayyan ke clinic
kena suntik 6bulan - utk cegah Hepatitis B
Berat Rayyan....9.1 kg..hehehe..berat kan...
 


Mar 25, 2011

tsunami datang lagi...!!!

Assalamualaikum

Acctually hati begitu sayu n sedih menyaksikan satu lagi bencana alam
Tsunami @ Japan
memang dasyat sekali bencana itu







Semoga dengan kejadian ini
menjadi ikhtibar kepada kita semua
berdoa n teruskan lah berdoa agar negara kita MALAYSIA
berada dalam keadaan SELAMAT & AMAN
.........amin...

Mar 15, 2011

in memories....Rayyan in my perut... :)

Sekadar kenang-kenangan sahaja
coz aku rase sgt2 bosan sekali ni...

pic ni mase bln puasa last year...

buka puasa kat pavilion cherating wif my hubby

@ kL..mase ni dah 9bulan...huhuhu


Mar 14, 2011

Lagu untuk ku....

Ade someone tujukan lagu untuk aku
hmmmm.........
tetiba mengingatkan aku kenangan dulu
oh no....no.....no....
entri ni bukan nak buka cite lame
tapi sekadar ingatan sahaja
mohon sejuta kemaafan if ade hati yang terasa.....

1st song dr Dadali - Saat aku mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


aduhhhhh
dis song mmg sedih bangat...huhuhu
semua nya...tinggal kenangan
bukan jodoh kami
sekarang pun kami dah ade life masing2
..................  :)  .....................

Mar 10, 2011

kenangan @ Ristec, Port Dickson.....

KURSUS INDUKSI UMUM (RISDA)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
22 FEB - 28 FEB 2011
RISTEC, PORT DICKSON N9


wif my bes fren....ekin

my group......"alfa power"...... :)


ekin....prd n9 timur...kuala pilah..

mcm control cun jerrrr..huhuhu

i like dis pic.....hehehe

batik day...khamis la...

mlm persembahan...we all bawakan lagu "apa nak jadi"

staf risda yg hadir jayakan kusus umum 2011

Mar 9, 2011

hepy beday to adam

"hepy beday to u
hepy beday to u
hepy beday to Adam
hepy beday to u"
To my younger brother...Hepy beday
umur Adam dah cukup 11 tahun
Kakak doakan Adam dipanjangkan umur
Will be a good son...de best student...
.......AMIN....



beday boy


kek yg dibeli oleh ayan utk adam

Mar 7, 2011

hepy beday...ayah

07 March 2011
Genap usia ayah 54 Tahun
Selamat Hari Lahir...Ayah
"Kakak doakan ayah dipanjangkan umur...
Diberikan kesihatan yang baik....."
.........Amin.......

Mar 2, 2011

Perkembangan bayi anda pada usia 5 bulan

Tips untuk di share bersama-same.....


Duduk dengan sendiri 
Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya.

Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri.

Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.

Mengulangi bunyi yang disukainya

Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang.

Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan “tidak” dan “kenapa” akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan.

Cukup kuat untuk makan sendiri

Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda.

Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan.

Belajar mengenai sebab dan akibat

Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu.

Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah.

Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut

Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya.

Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut.

Mempertajamkan deria terhadap bunyi

Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus.

Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti “m” dan “b”. Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain.

Mudah mengalihkan perhatian

Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya.

Perkembangan pelbagai emosi

Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah.

Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga.

Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan perkembangan bayi anda, sila rujuk doktor anda.

info dari -www.babycenter.com.my

5 bulan sudahhhh

Assalamualaikum

Alhmdlh
Hari ni genap Rayyan 5 bulan
Semakin aktif
Yang penting, Rayyan dah mula pandai meniarap
dah pandai hisap jari
dah pandai mengggghisap bibir
dah pandai suka n senyum
dan yg plg aku suka
Rayyan dah x bayak meragam
boleh tido dgn lame nyeee
......... :).............

Feb 24, 2011

rindu sangat-sangat

Assalamualaikum

Hari ni dah 4 hari aku kat PD ni...so tinggal 4 hari lagi la...
nak balik jumpa Rayyan
dah rindu sangat-sangat kat Rayyan ni
Tuhan aje la yang tahu perasaan aku skrg ni

Hari-hari aku call nak tahu pkembangan Rayyan kat umah
Alhmdlh....Rayyan sihat n selamat di bawah jagaan my mom
Memang aku rindu sangat kat dia
plzzzzzzzzzzzzz.....

Feb 20, 2011

Lunch wif sosej,jemput pisang n nugget....

Nak makan nasi macam x ada slera aje
tapi perut ku bernyanyi2 kelaparan
so dgn begitu rajin aku mengoreng jemput pisang....
goreng nugget...goreng sosej....

Nampaknyeee itu la menu for lunch aku arini...
yummm....yummm...yummmm.



Feb 19, 2011

kursus oh....kursus...

Assalamualaikum

Ikutkan hati mmg malas sangat nak pergi...
Tapi mengenangkan kerja aku paksa rela jugak hati ini
21 hb - 28hb ni aku kena pergi kursus induksi umum...kat Ristec PD
Ni last kursus sblm aku disahkan dlm jwtn....

Actually aku mmg berat hati nak pergi coz terpaksa bpisah dgn Rayyan
lame tuuuu....xtau la mcm mane nanti...
sure rindu giler kat dia...huhuhu

Rayyan...
Duk dgn ayah...nenek...atok...
jgn nakal tau....jgn nangis tau...
nanti kat sane tiap2 hari ibu call k...

......i will miss u my dear son....

Feb 16, 2011

Rayyan dah ok ckit.....

Alhmdlh....
Demam Rayyan dah ok ckit...juz batuk je yg xhlg lagi...
Arini aku amik cuti coz nak jaga Rayyan
skrg dia tido blh la aku update ckit blog ni.. :)

cian bb ibu ni....masam jerrr muka...
dah ok ckit...setelah 1minggu demam
Rayyan dah kembali aktif semenjak 1week demam...
Moga anak ibu di berikan kesihatan yg baik selalu...
Amin.....

Feb 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum


15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiul awal 1432
Hari Keputeraan baginda Rasulullah SAW
Selawat & Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW


Salam Maulidur Rasul buat semua

Feb 13, 2011

ibu oh ibu

Assalamualaikum

Pengalaman bergelar seorang ibu......
betul la bak kata pepatah...."Syurga itu di bawah telapak kaki ibu"...
Since menjadi ibu dlm tempoh 4 bulan ni begitu menguji kesabaran, ketabahan hati aku....
mana x nye...dari awal tempoh berpantang lagi...
macam2 dugaan perlu aku lalui untuk membesar buah hatiku...
Rizq Rayyan
Luahan ini bukan untuk merungut tapi sekadar untuk 
berkongsi pengalaman....berkongsi rasa....berkongsi info....

Pada awal kelahiran dulu...
Rayyan kembung perut...terpaksa bg susu khas untuk kembung perut..
Susu Dumex (extra care)...
susu ni mmg susah ckit nak cari..kalau ada pun xbyk ada...
harga blh tahan jugak la... :)

Masuk 3bulan
Rayyan demam...batuk..selsema...
masih terbayang lagi keadaan masa dulu
dalam 1 hari aku n my hubby p jumpa 3 doc...
1st kat KMC...then kat HTAA
n de last we all p Clinic Pakar Bayi kat jln Beserah
huhuhu....

Skrg bila masuk 4 bulan
Rayyan demam...batuk....dah masuk 4 hari.
agak teruk dari sebelum ini...menangis tanpa henti....
membuatkan air mata ku gugur melihat kesakitan yg dialami Rayyan...
itulah naluri seorang ibu....
Ia benar-benar menjadikan aku seorang yg semakin sabar , tabah n kuat semangat....

Hanya satu ku pinta
Moga2 Allah memberikan kesihatan yang baik buat Rayyan....
...Amin...


Feb 10, 2011

rayyan @ KL

ASSALAMUALAIKUM

Akhirnya ada juga la mase untuk update blog ni
actually aku curi2 online ni
Rayyan tgh tido skrg ...so blh la online kejap...

Entry kali ni agak pnjg n padat la ckit
padat dgn gambar2...hehehe

Baru-baru cuti ari raya cina 
aku n my hubby bwk Rayyan p KL 
jumpa nenek dia n auntie dia kat sane..kat Kelana Jaya...

we all kat sane 3hari 2mlm
ni 1st time we all bwk Rayyan jalan jauh2 n bermlm umah org lain
Alhmdlh...sepanjang kat sane Rayyan sangat2 baik
 xmeragam sangat

actually ...
we all sangat-sangat risau nak bwk Rayyan jalan jauh2
yelah dia baru je 4 bulan
kecik lagi
Tp syukur bangat...Rayyan ok sangat2 kat sane... :)


otw...Rayyan tido
smpai kat hentian temerloh...Rayyan bangun...
lame jugak la dia tido..
even x brape slesa tido dlm kete

@hentian....ayah Rayyan nak p toilet la plak..
ibu bwk Rayyan lepak kat bwh pondok..

time ni otw nak p ikea...  :)
masuk je dlm ikea...Rayyan ngis nak susu...
tido after menghabiskan sebotol susu....
rest kejap...tired jugak tawaf ikea ni...hehe
lena betul Rayyan tido...even suasana dlm ni agak bising jugak.
Rayyan wif his cousin...
sempat jugak landing atas katil yek...huhuhu
so sweet la...dis lampu...
dis mirror mmg nak beli...but...xmuat kete la nak wat blk..huhu
sgt creatif n lain dr yg lain kan...
actually...mmg bkenan la set ni...  :)
apa dia org tgk ni...huhuhu
Rayyan tgh tgu ayah amik kete....
ini la dia brg2 yg aku n my hubby shopping....hehehe
hmmmm.....dah abis shopping...
time to back...coz dah lapar ni...
we all singgah di sebuah restoran dekat dgn umah kak tih...
ok jugak menu n makanan...
servis yang agak cepat jugak la...xpayah tgu lame2...hehehe