Jan 23, 2012

Perkahwinan artis

Assalamualaikum

Post kali ni saya suka sangat nak share mengenai perkawinan salah seorang personaliti tv yang cukup berbakat besar & beliau juga salah seorang artis yang ada dalam list artis yang saya minat.... ^_^

Orang itu ialah..Ally Iskandar...mesti kenal kan..hihihi
Ally telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis dari negeri kelahirannya juga...Ganu Kite...

ini la dia ...Farah Lee...cantik kan...
b4 bergelar suami isteri

Jom kita layan gambar-gambar sepanjang majlis tersebut berjalan.....

dengan 2 kali lafaz...sah ally & farah sbg suami isteri




bagai pinang di belah 2 kan....
so sweet...
Majlis akad nikah ini diadakan pada hari Jumaat - 20 Jan 2012..di Masjid Kristal, Tmn Tamadun Islam, Kuala Terengganu dengan mas kawin RM250 tunai pada jam 10 pagi...

Anyway, congtas untuk pasangan ini...Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat....
Untuk pengetahuan semua, Farah ni merupakan student salah satu universiti di Korea Selatan...
Dah la orangnya cantik...bijak pandai plak tu kan..


p/s : gambar ni dipetik dari google search....

Jan 22, 2012

weekend activities - part 2-

Assalamualaikum

Untuk entry ke 2 bg title di atas sana, berlaku di dalam rumah saje...
Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Rayyan ni???
Kami telah menetapkan untuk setiap hari Sabtu n Ahad Rayyan pasti dapat melakukan aktiviti ini...
Ternyata Rayyan sangat menyukainya....

Iaitu Mandi Kolam.... ^-^
Jom kita cuci mata tgk pic yang saya snap ketika Rayyan mandi kolam










Memang seronok sangat keletah budak kecik ni dalam kolam..even main sorang-sorang pun...
Bila time untuk mandi n keluar dari kolam nangis-nangis tak nak...nak main lagi...adoiiii bukan ape takut dia kesejukkan ....nanti tak pasal-pasal demam singgah plak....huhuhu...

Walau aktiviti ini dalam bilik air...Rayyan sangat excited sekali....
Tunggu Rayyan besar sikit lagi ibu bawak mandi kolam kat luar ok..hihihi


majlis perpisahan

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini saya nak upload beberapa keping gambar sewaktu saya
dan rakan-rakan ofis mengadakan satu majlis perpisahan buat bos kami yang akan bertukar ke Pejabat RISDA Jajahan Jeli, Kelantan...
 
Inilah bos kami yg dirai - En Azli


makan time.......



hadiah dr kami untuk bos.....
dan juga dari kami....hihihi
tanda kenang-kenangan....


Majlis perpisahan ini diadakan di Annexe Restaurant,Jalan Teluk Sisek....
Walaupun majlis ini tajaan sdn bhd...kami sangat-sangat happy dapat meraikan perpisahan ini..
Secara peribadi saya suka dengan cara kerja beliau...tidak ada jurang antara pekerja-pekerja bawahan even dia big bos di ofis...Seorang bos yang sentiasa senyum...tak pernah marah-marah...dan yang paling best sekali beliau sangat sporting....

Kami doakan semoga En Azli gembira berada di tempat baru walaupun jauh dari kampung halaman...
Dan yang penting jangan lupakan kami di RISDA Pahang Timur.....







Jan 21, 2012

weekend activities - Part 1 -

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini saya nak kongsi aktiviti my family last week.  Actually memang saya nak update blog ini every week tapi untuk masa sekarang belum dapat tunaikan.. Insyaallah akan ditunaikan segera... ^-^

Memang tak ada planning pun nak ke mana-mana..tapi memandangkan saya & En suami kesian tengok Rayyan begitu boring asyik duk dalam rumah je... kami bawa Rayyan jalan-jalan ke satu tempat yang kami  sendiri pun sememangnya dah lama tak menjejak kaki ke sana setelah sekian lamanya...huhuhu

Jom tengok beberapa pic yang sempat kami snap....
sorry yek coz pic kurang cantik...guna kamera telefon je..
Rayyan dengan lagaknya berjalan sendiri... ^-^


wif ayah....

muka terkejut je....hihihi
wif ibu...tp nak jalan sorang jugak ..huhuhu

Kepada sesiapa yang tinggal di Kuantan...pasti tahu kat mana tempat ni kan...
Serius...memang lama sangat tak dtg tempat ni....tempat ni lebih sesuai untuk seisi keluarga
Lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai anak-anak 10 tahun ke bawah...Kanak-kanak yang baru nak kenal jenis-jenis haiwan yang ada di muka bumi ini...

Dan kepada mereka-mereka yang mungkin tinggal di luar kuantan....manalah tahu ada kelapangan waktu holiday ke kuantan blh la singgah ke Taman Teruntum Kuantan...Ala-ala Zoo Kuantan gitu...


Jan 10, 2012

ikhlas ke???

Assalamualaikum

Dah 3 hari tak mengadap my belog ni..
Tetiba aje terasa rindu nak menulis la plak hari ni....
Mood : OK..... :))

Berbalik kepada title my post kat atas tu....
IKHLAS KE??
....hihihihi....

Hari ni saya nak share dengan anda semua tentang KEIKHLASAN
Anda tahu tak apa itu Ikhlas???
Bagi pendapat saya ia satu sifat yang sangat murni...suci...datang dari hati seseorang
Memang sukar untuk kita tahu adakah seseorang itu ikhlas atau tidak...
Pokok pangkal sekarang adalah HATI

Ada 2 contoh saya berikan di bawah ini
Cuba kita semua sama-sama fikirkan
Ikhlas ke kita semua ni?

@ OFFICE
"Kalau asyik merungut aje...
banyak keje laaa....Asyik aku je yang kena buat....Dia duk relax aje...
aikkk..suka plak dia buat arahan kat aku..padahal dia tu bukan boss pun...."
 Pernah tak anda semua mengalami situasi macam ni?
Nak tak nak kita akan buat jugak kan.....terpaksa buat laaa...dah keje...
ikhlas ke tu???

DENGAN MEMBER-MEMBER
Orang cakap nak berkawan kena pandai pilih kawan...
Ada kawan yang di depan kita memang baik punya....tapi belakang kita kaki kutuk....
Berkawan sebab ada kepentingan....
Ikhlas ke tu???

Sesungguhnya...Keikhlasan itu satu sifat yang amat terpuji di sisi Allah s.w.t
Apa yang saya coretkan di belog ini tidak ada kaitan dengan sesiapa..
sekadar buat tatapan saya dan anda semua
yang sudi membaca....
Ia juga sebagai satu muhasabah diri saya sendiri untuk memajukan diri ke arah kebaikan 
memandangkan kita sudah melangkah ke tahun baru 2012 ini
Terus terang, bagi saya juga untuk menunjukkan sifat ikhlas itu memang sukar...
tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk ke arah itu..insyaAllah...

.....Sekian......

Jan 6, 2012

Assalamualaikum

Syukur ke Hadrat Illahi...Alhmdlh...
Dipanjangkan umur..Dimurahkan Rezeki
Dapat kita meneruskan kehidupan ke tahun 2012

Semoga kehadiran tahun 2012 ini memberi satu 
kehidupan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini...

Tidak terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru
buat anda semua
Warnai lah kehidupan kita dengan warna-warna ceria 
Agar kita dapat menerajui perjalanan 2012
dengan lebih baik dan seceria pelangi....